• Selamat Datang Ke SMK Kuala Kubu Bharu

    •    

      Sejarah Penubuhan SMKKKB

      Bermula pada April 1959, tertubuhlah sebuah sekolah untuk anak-anak Melayu sekitar daerah Hulu Selangor iaitu sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu. Sejarah menunjukkan sekolah ini yang nama asalnya ialah Darjah Menengah Melayu Kebangsaan menumpang dibangunan Sekolah Umum Kalumpang yang kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Kalumpang. Apabila berpindah ke Kuala Kubu Bharu, Pada tahun 1963, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Aneka Jurusan dan akhirnya sekali lagi bertukar kepada namanya seperti hari ini iaitu Sekolah menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu.

      Pada tahun 1959, sekolah ini bermula dengan sebuah kelas sahaja untuk tingkatan satu. Tahun berikutnya menjadi dua dan bertambah menjadi tiga kelas pada tahun 1961. SMK Kuala Kubu Bharu mula mengorak Langkah yang meyakinkan apabila pada 1 mei 1979, tingkatan enam diperkenalkan.

      Pada tahun 2000, Sekolah ini telah dipilih menjadi sekolah perintis Bestari bersama 88 buah sekolah lain di Malaysia. Kini SMK Kuala Kubu Bharu dikenali sebagai SMK Kuala Kubu Bharu, Bestari Perdana.